Polisi DAS Pulau Cabin

MASA DAFTAR MASUK (CHECK-IN) DAN DAFTAR KELUAR (CHECK-OUT)

Masa daftar masuk bermula dari 3.00 petang (Jam 1500) dan masa daftar keluar sehingga 12.00 tengah hari (Jam 1200). Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat akan dikenakan caj tambahan 15% per jam. Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat adalah tertakluk pada kesediaan.

  1. Bayaran deposit adalah 50% nilai sebut harga.
  2. Tempahan tempat penginapan akan terbatal dengan sendiri jika
    • Deposit tidak diterima dalam tempoh 72 jam (3 hari) setelah setuju dengan sebut harga yang ditawarkan oleh pihak DPC.
    • Bayaran penuh tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari sebelum hari ketibaan atau 72 jam (3 hari) setelah setuju dengan sebut harga yang ditawarkan oleh pihak DPC, mana yang terkemudian.
  3. Tempahan yang telah disahkan dan kemudiannya dibatalkan oleh pelanggan akan dikenakan caj bayaran pembatalan seperti berikut:
    • Melebihi 60 hari sebelum tarikh ketibaan: 10% nilai sebut harga
    • 30 ke 59 hari sebelum tarikh ketibaan: 25% nilai sebut harga
    • 15 ke 29 hari sebelum tarikh ketibaan: 50% nilai sebut harga
    • Kurang 14 hari sebelum tarikh ketibaan: 100% nilai sebut harga
  4. Jika terdapat pengurangan nilai sebut harga, notis bertulis perlu diterima oleh pihak DPC sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh ketibaan. Kegagalan berbuat demikian, nilai sebut harga yang telah dipersetujui akan digunakan.
  5. Jika ingin membuat penukaran tarikh, notis bertulis perlu diterima oleh pihak DPC sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh ketibaan.

Tetamu 12 tahun keatas dikira sebagai tetamu dewasa di DPC. Tiada caj tambahan untuk kanak-kanak jika menggunakan katil sedia ada. Caj tambahan RM33 akan dikenakan jika memerlukan katil tambahan. 

Perkhidmatan wi-fi disediakan di semua tempat penginapan. Kata laluan akan diberi ketika tetamu mendaftar masuk.

Tempat letak kereta disediakan di dalam kawasan DPC. Keselamatan sebarang barangan peribadi tetamu adalah di atas tanggungjawab sendiri.

Diingatkan bahawa kawasan DPC adalah tidak mesra kerusi roda atau boleh diakses oleh individu yang memiliki mobiliti terhad. Kehadiran tangga dan permukaan tidak rata mungkin menimbulkan cabaran bagi tetamu dengan masalah mobiliti. Walaupun begitu, jika tetamu memerlukan bantuan, sila berhubung dengan pihak pengurusan DPC.

Masa sarapan di Kafe DPC bermula dari 7.30 pagi (Jam 0730) sehingga 11.00 pagi (Jam 1100).

Masa senyap DPC adalah bermula dari 12.00 pagi (Jam 0000) sehingga 6.00 pagi (Jam 0600). Pada waktu berkenaan, tetamu diminta untuk mengekalkan tahap kebisingan pada tahap minimum agar tidak mengganggu keselesaan dan waktu rehat tetamu lain.

Tetamu diingatkan untuk bertingkah laku sopan dan hormat kepada semua staff dan tetamu DPC. Sebarang bentuk kacau ganggu yang boleh menyinggung atau mengganggu keselesaan dan keselamatan staff atau tetamu lain tidak akan ditoleransi.

Pengambilan alcohol atau bahan memabukkan di seluruh kawasan DPC adalah dilarang sama sekali.         

Bagi memastikan keselesaan tetamu, setiap tempat penginapan dilengkapi dengan penyaman udara. Sila pastikan semua tingkap dan pintu ditutup ketika menggunakan penyaman udara bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan pastikan penyaman udara ditutup sebelum meninggalkan tempat penginapan.

Tetamu diingatkan untuk tidak membawa keluar inventori seperti tuala mandi, bantal, pinggan mangkuk dan sebagainya dari tempat penginapan. Tetamu akan diminta untuk membayar ganti rugi atas sebarang kerosakan atau kehilangan harta milik DPC.

Setiap tempat penginapan akan dikemas setiap kali sebelum tetamu mendaftar masuk dan selepas tetamu mendaftar keluar. Tetamu diminta untuk menjaga kebersihan dan kekemasan tempat penginapan dan membuang sampah ke dalam tong-tong yang telah disediakan di perkarangan DPC ketika meningap di DPC.

Tuala mandi bersih akan disediakan kepada tetamu tetapi tidak akan diganti setiap hari. Jika tetamu memerlukan penukaran tuala mandi, sila berhubung dengan kaunter sambutan (reception counter).

Kanak-kanak perlulah sentiasa berada di bawah pengawasan ibubapa atau penjaga. Keselamatan adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Pihak DPC tidak bertanggungjawab di atas keselamatan anak-anak anda sepanjang keberadaan tetamu di DPC.

Bagi menjaga keselamatan dan keselesaan umum, sila patuhi peraturan-peraturan berikut ketika menggunakan kolam mandi DPC:

  1. Masa Beroperasi: Kolam mandi DPC dibuka bermula dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
  2. Jaga Keselamatan: Dilarang melompat dan menolak di kolam mandi bagi mengelakkan kecederaan. Pihak DPC tidak menyediakan pelampung keselamatan dan anggota penyelamat (lifeguard). Keselamatan adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
  3. Pengawasan Diperlukan: Kanak-kanak perlulah sentiasa berada di bawah pengawasan ibubapa atau penjaga.
  4. Bilas Badan Dan Gunakan Tandas: Gunakan paip mandian sebelum menggunakan kolam mandi dan gunakan tandas bagi mengelakkan pencemaran air kolam.
  5. Jaga Kebersihan: Sila jaga kebersihan kawasan kolam mandi dan buang sampah di tempat yang sepatutnya.
  6. Gunakan Tangga: Sila gunakan tangga untuk memasuki kolam mandi.
  7. Tiada Makanan Atau Minuman: Dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam kawasan kolam mandi DPC.
  8. Jangan Merokok: Merokok adalah dilarang di kawasan kolam mandi DPC.

Bagi menjaga keselamatan dan keselesaan umum, sila patuhi peraturan-peraturan berikut ketika bermain di taman permainan kanak-kanak DPC:

  1. Penggunaan Berdasarkan Umur: Hanya kanak-kanak dibawah umur 12 tahun dibenarkan menggunakan peralatan permainan.
  2. Pengawasan Diperlukan: Kanak-kanak perlu berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga pada setiap masa. Keselamatan adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
  3. Bersihkan Selepas Guna: Sila jaga kebersihan kawasan permainan dan buang sampah di tempat yang sepatutnya.
  4. Tiada Permainan Basah: Untuk tujuan keselamatan, sila elakkan menggunakan peralatan permainan ketika basah kerana boleh menyebabkan kecederaan.
  5. Tiada Makanan Atau Minuman: Untuk menjaga kebersihan dan memastikan persekitaran yang selamat, dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam kawasan permainan.
  6. Tiada Kasut: Sila tanggalkan kasut sebelum memasuki kawasan permainan.
  7. Jangan Merokok: Merokok adalah dilarang di kawasan permainan.
  8. Jaga Tingkah Laku: Sila pastikan kanak-kanak menggunakan peralatan permainan dengan tertib dan galakkan mereka untuk menunggu giliran ketika menggunakan peralatan.

Jika terdapat sebarang persoalan atau memerlukan bantuan sepanjang penginapan tetamu di DPC, sila berhubung dengan mana-mana staff DPC. Pihak DPC sedia membantu untuk memastikan keselesaan para tetamu.